Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia, Encik Zairy Zainol telah memenangi anugerah 2013 Highly Commended Award. Beliau yang merupakan pensyarah dari Islamic Business School (IBS) telah memenangi 2013 Highly Commended Award dari Emerald Literati Network untuk artikel yang berjudul A critical review of the literature on the rate of return risk in Islamic banks yang diterbitkan dalam Journal of Islamic Accounting and Business Research (Vol. 3, Issue. 2. 2012).
Majlis penyampaian sijil telah dilangsungkan di Bilik Mesyuarat bangunan tambahan Perpustakaan Sultanah Bahiyah pada 11 September 2013. Dalam majlis itu, Pengurus Perniagaan Emerald, Amex Tan menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Zairy Zaional bagi pihak Emerald yang turut disaksikan oleh Ketua Pustakawan, Encik Salleh Hudin Mustaffa.
Maklumat lanjut berhubung dengan anugerah ini boleh diperolehi dengan melayari laman web Emerald Literati Network di pautanhttp://www.emeraldinsight.com/authors/literati/index.htm
Sementara itu, Encik Zairy Zainol ketika ditemui berkata, anugerah Highly Commended Award ini merupakan sesuatu yang tidak disangka-sangka olehnya. Beliau berharap semoga ia dapat menjadi perangsang untuk terus menghasilkan penulisan artikel pada masa akan datang.